Langkau ke kandungan utama

#13 LIMA blog kegemaran

Pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu buat cabaran ni kan? Kalau ada sesiapa yg baru aje bukak blog ni dan jumpa entri ni tertanya-tanya, apakehal yg aku buat ni. Semua boleh rujuk di sini. Jangan blur kan diri anda hokay?

Cabaran hari ni memerlukan aku menyenaraikan lima blog kegemaran.

Perghh... Susah tuh!

Masa awal2 terjebak dgn dunia blog ni dulu mudah le nak jawab. Tahun 2005 begitu mmg aku rajin jugak bersiar-siar jenguk blog org lain. Skrg ni macam tak baper nak buat dah keje skodeng blog org ni. Kalau tahap boring sangat pun, byk lagi aktiviti lain.

Tambah lagi dengan kemunculan pesbuk, yg memudahkan perhubungan terbentuk. Blog ni kira lambat nak kenal tuan tanahnya. Tidak banyak sangat bergantung kepada profile picture yg cun, blogger kena kreatif utk tarik pengunjung dari segi isi persembahan. Kalau kena dgn selera pembaca terus melekat jadik repeat visitor drop a comment or two.

Aku pun mula2 mcm tu jugak. Komen2 entri org then jadi geng.

Satu blog yg aku kerap lawat satu masa dulu bertajuk, Aku Tapak Sulaiman oleh Nick. Siap tanya melalui SMS atau YM lagi kalau dah hapdet atau tidak. Sekarang blog ni tak silap aku dah tak boleh akses.

Entah tak tau siapa dulu, Faril punya blog pun aku selalu bukak. Dia ni gila menda2 mistik dan misteri. Jiwa kami pula mmg kebetulan lebih ke arah tuh tak hairanlah kami mcm serasi. Masa jumpa si Faril dan Nick ni dulu sebelum balik Sabah, aku rasa dia ni mcm kembar aku pulak. Corak pemikiran lebih kurang aje.

Melalui blog Nick aku kenal Dafi. Aku tak ingat sangat apa isi butir blog dia, sbb mcm aku, dia pun kerap padam dia punya blog. Istimewanya Dafi ni pernah ngaku yg dia memilih utk sambung belajar di UUM gara2 tertarik dgn gaya hidup graduan yg aku tampilkan dalam blog aku yg lama tuh.

Sayangnya, ketika Dafi sambung belajar di UUM aku dah terbang kembali ke Sabah.

Tak kurang juga ada blogger menyifatkan blog aku sebagai membaca sebuah novel. Aku yg baru mengenal dunia penulisan blog berasa amat rendah hati dengan pujian begitu. Tenkiu Ticer Ros.

Ticer Ros terjumpa blog aku melalui lirik lagu Wajah yg aku siarkan pada entri awal2 dulu. Sejak tuh dia jadi silent reader walaupun aku selalu komen2 entri dia push dia hapdet blog.

Silent2 jugak, tapi pandai hantar emel  protes Ticer Ros ni bila tahu aku delete blog yg awal2 dulu.

Ticer Ros skrg bertugas sebagai guru di Sabah. Aku kagum dengan semangatnya mendidik anak jati Sabah di pendalaman. Orang bandar mcm aku, kompem tak lepas duk tempat yg jauh dari bermacam kemudahan.

Itu cerita dulu2 lah. Skrg blog yg aku selalu lawat satu aje milik Tajah Lenda. Selalu saing hapdet blog dgn dia ni. Dia jugak lah yg tag nama aku utk buat cabaran2 ni... Hehehe...

Up to now, aku rasa blog ni tak le ada byk pembaca pun. Cukup jari tangan aku kira dalam 10 orang mcm tuh lah. Stalker tuh mungkin ada seorang dua le kot.

Selagi aku minat menulis, aku akan kongsi cerita aku. Cuma skrg blog aku lebih kepada gaya hidup berbanding hal2 peribadi mcm masa mula2 kemunculan aku dulu. Ada juga yg peribadi, tapi tak seperti dulu lah yea.

Kepada yg sudi membaca nukilan aku yg tak seberapa ni, aku ucap terima kasih banyak-banyak. Datang lagilah yea dan sudi2lah meninggalkan komen yg bernas.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.