Langkau ke kandungan utama

Burger Bogel, Masak Hitam

Menginjak jugak aku akhirnya di kehel nih.

Selamat mendarat sekitar 3.30 ptg aku trus saja ambil bas ke TBS. Di TBS adik aku jemput tumpang bermalam sblm gerak ke JB besok.

Bayangkan perjalanan dari KKIA2 tuh dah ambil masa lebih kurang sejam. Adik aku pulak tersekat dalam jem (selain sesat). Jadi taukeh tanahlah aku di TBS melilau tak tentu arah.

Kali terakhir aku isi perut pun masa dlm kapal terbang.


Menu yg aku bedal nasi dengan daging masak hitam (RM17.00nett) dan Cokelat Panas (RM6.00nett).

Dengan saiz hidangan yg cenonet tuh, dlm bbrp minit aje perot aku dah siap hadam. Lepas dua tiga jam tak isi, mulalah dugal datang.

Segala macam jajan aku sumbat bagi menahan lapar. Nak makan dulu rasa tak seronok pulak. Dah janji dgn adik2 makan malam sama-sama.

Bila Sarah tanya nak makan luar atau masak sendiri, aku terus aje pilih jom kita burger. Tempohari adik2 aku ni ada promo tempat burger yg dorang makan. Aku teringin plak nak cuba.


Sekali sampai tempat lain pula dibawa; BURGERBYTE . Rangkaian francais BURGERBYTE ni menurut adik ipar ku milik Zizan, maharaja lawak tuh. Tak kesahlah siapa fikirku, janji sedap.

Tak tahu mana yg sedap aku tunjuk je kat mana2 menu yg aku rasa unik. Nampak aje yg berunsur kelucahan sikit aku teros aje tunjuk. Hakikatnya burger ni tak beroti je.


Ini ha Naked Burger tu, RM19.80nett. Kuah sos dia macam steak black pepper. Yg menang BURGERBYTE ni aku rasa daging burger dia yg enak. Resepi rahsia sendiri kot.

Kalau ada yg aku nak komplin sudah tentu saiz hidangan yg kecil. Saiz skrg aku sendiri pun tak puas.

Kalau buat saiz jumbo aku rasa kepuasan pssti akan bertambah.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ye la kan..size makanan skrg kebanyakannya cenonet aje. Klu terjumpa yg jumbo kira syukurrr dah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.